PUTRAJAYA – Ruang solat di ‘rooftop’ Lapangan Terbang Antarabangsa KL kini dibuka untuk umat Islam menunaikan Solat Jumaat.
Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah pun memberi kelulusan rasmi dan sudah beroperasi pada 10 Mei lalu.
Ruang itu dapat memuatkan di antara 800 sehingga 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa tersebut turut dilengkapi dengan lebih 50 unit paip bagi pengambilan wuduk.
Keselesaan para jemaah turut diutamakan dengan penyediaan pendingin hawa mudah alih, kipas gergasi dan kipas berwap sejuk di kesemua sudut.
Ambal dan sejadah turut disediakan untuk para jemaah yang menunaikan solat Jumaat di situ.
Inisiatif mewujudkan ruang solat di lapangan terbang itu merupakan salah satu inisiatif Malaysia Airports bertujuan untuk memudahkan umat Islam, khususnya kakitangan dan para penumpang lapangan terbang yang menghadapi kekangan masa, menunaikan solat Jumaat di bangunan terminal.
Ia juga terbuka bagi penggunaan orang ramai. – MalaysiaGazette
KOMEN