Home » Langit Terbuka » RTM nafi kurang program agama 20 peratus

RTM nafi kurang program agama 20 peratus

Jabatan Penyiaran Malaysia memaklumkan, pihaknya akan meneruskan program agama sedia ada kerana ia mendapat sambutan amat baik daripada penonton. - Foto Hiasan Bomba

KUALA LUMPUR – Dakwaan mengatakan RTM akan mengurangkan program agama sebanyak 20 peratus dan menyekat penyampai berita beragama Islam daripada memakai tudung, tidak benar sama sekali.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penyiaran Malaysia, pihaknya akan meneruskan program agama sedia ada kerana ia mendapat sambutan amat baik daripada penonton.

Katanya, begitu juga dengan penyampai berita dan program beragama Islam boleh memakai tudung.

Sehubungan itu, menurut kenyataan itu lagi, pihaknya kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya program agama akan dikurangkan dan penyampai berita serta hos program dilarang memakai tudung.

“RTM ingin merujuk kepada laporan di media sosial berkaitan program keagamaan akan dikurangkan 20 peratus bermula 2019.

“Untuk makluman, RTM tidak akan mengurangkan program agama yang kini sedang bersiaran, kerana program itu mendapat sambutan amat baik daripada penonton.

“RTM juga tidak menyekat penyampai berita dan hos program memakai tudung dan segala dakwaan tidak benar itu amat dikesalkan,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *