KUCHING – Majlis pimpinan Rakan Siswa YADIM Sarawak dengan kerjasama Institut kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah menjayakan program Kebitaraan Mahasiswa (K.A.M.i) yang bertempat di Dewan Al-wadi IKMAS di sini pada 20 Februari.
Program selama sehari ini telah melibatkan seramai 60 pelajar Diploma Dakwah Islamiah semester dua dan telah mendapat sambutan yang sangat baik.
Ia dirasmikan oleh yang berusaha Encik Sharizal Mat selaku Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM. Turut hadir ialah Pengarah YADIM Sarawak Encik Awang Dulhadi Awang Mat.
Objektif program adalah untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai idealisme Islam dalam diri pendakwah agar dakwah dapat disebarkan dengan hikmah dan bijaksana.
Semoga program sebegini dapat diteruskan bagi mengahasilkan impak positif kepada mahasiswa dan mahasiswi di Bumi Kenyalang agar dapat membantu gerak kerja dakwah khususnya dakwah belia di kawasan pedalaman.
KOMEN