SUNGAI PETANI – Program terkini Rakan Siswa YADIM Hidupkan Ramadan (RHR) berlangsung pada 21 hingga 23 April di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya di sini.
Ia telah berjaya menyantuni 20 keluarga asnaf menerusi sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, bihun dan tin susu adalah hasil kutipan sumbangan orang ramai termasuklah syarikat Mudim Zakaria Food Industries Sdn. Bhd. yang menaja barangan berupa kicap dan sos cili.
Lebih utama ialah pengisian program ini, antaranya ialah apabila hampir 30 orang remaja yang merupakan penduduk setempat telah menyertai Kelas Smart Solat. Aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan dengan bimbingan para fasilitator itu memberikan penekanan terhadap bacaan serta perbuatan di dalam solat.
Bazar Ramada di sini turut menjadi lokasi acara ‘Street Dakwah’. Para peserta RHR bertemu para pengunjung bazar dan mengagihkan pamplet dan mesej kelebihan serta pentingnya kita menghidupkan 10 malam akhir Ramadan yang berbaki ini.
Hadir sama merasmikan program adalah Ustaz Aizat Zakaria, Pengarah YADIM Kedah, Tuan Haji Azmi, Penolong Imam Masjid Sultan Abdul Halim, Akram Ikrami Taib Azamudden, Ketua Unit IPT Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dan Hafizul Hakim, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri RSY Kedah.
KOMEN