Home » Langit Terbuka » Ronaldo derma RM6.26 juta untuk Palestin sempena Ramadan

Ronaldo derma RM6.26 juta untuk Palestin sempena Ramadan

Sejumlah US$1.5 juta didermakan bintang Juventus itu kepada Yayasan Kebajikan Onwadan sempena Ramadan. - Foto en.as.com

LONDON – Cristiano Ronaldo memang sering mengundang rasa kagum, bukan hanya kerana kehebatannya bermain bola sepak tetapi juga sikap pemurah dan suka melakukan kerja-kerja amal.

Sempena menyambut Ramadan tahun ini, bintang penyerang Portugal itu telah menyumbang AS$1.5 juta (RM6.26 juta) kepada Palestin menerusi Yayasan Kebajikan Onwadan.

Ini bukan kali pertama pemain berusia 34 tahun itu mengambil berat tentang nasib rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Menurut agensi berita Sepanyol, TeleSur, penyerang Juventus itu memang mempunyai hubungan istimewa dengan rakyat Palestin, dan sudah banyak kali memberikan sumbangannya.

Biarpun Ronaldo tidak menguar-uarkan kerja amal yang dilakukan, namun perkara itu akhirnya diketahui selepas tersebar di media sosial.

“Cristiano Ronaldo menyumbang AS$1.5 juta kepada rakyat Palestin Gaza.

“Di sebalik setiap orang yang berjaya, cuba lihat ke mana dia menunjukkan penghormatannya,” tulis Yayasan Kebajikan Onwadan dalam Twitter.

Pada November 2012 ketika Gaza berdepan bedilan bom Israel, Ronaldo melelong trofi Kasut Emas yang dimenangi sebagai Penyerang Terbaik Eropah musim itu untuk disumbangkan kepada Palestin.

Pada Mac 2013, dalam aksi kelayakan Piala Dunia, dia enggan bertukar jersi dengan pemain Israel kerana tidak mahu menyimpan baju yang memaparkan bendera negara itu.

Ronaldo bukan sahaja kerap menderma kepada Palestin, malah sering memberi sumbangan buat umat Islam di Syria. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *