Home » Citra Yadim » RM300 ribu untuk ringankan beban mahasiswa terkesan Covid-19

RM300 ribu untuk ringankan beban mahasiswa terkesan Covid-19

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mensasarkan untuk menyalurkan sekitar RM300,000 untuk meringankan beban mahasiswa mahasiswi yang terkesan dengan Covid-19 ketika ini.

Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan berkata, bagi mencapai tujuan tersebut, pihaknya menyeru orang ramai untuk menyumbang kepada dana Tabung Infaq YADIM.

“Untuk fasa pertama, kita sasarkan RM300,000 untuk bantu mahasiswa yang terkesan dengan Covid-19 apabila beberapa universiti terpaksa tangguh pendaftaran pelajar,” kata beliau.

Nasrudin berkata demikian dalam majlis Pelancaran Bulan Dakwah 2020 dan Pentas Akhir Daie Muda YADIM di sini pada 3 Oktober.

Program tersebut merupakan pembukaan kepada kempen Bulan Dakwah anjuran YADIM yang berlangsung dari 3 Oktober hingga 30 November dengan 2,000 aktiviti dirancang.

Ia diadakan dengan kerjasama TV AlHijrah sebagai penyiar rasmi.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengurus Besar
Jabatan Kejuruteraan dan Sokongan Penyiaran TV AlHijrah, Suffian Yahya, wakil wakil agensi kerajaan dan ramai lagi.

Usaha menyantuni mahasiswa yang terkesan dengan Covid-19 akan diselaraskan menerusi Rakan Siswa YADIM, pertubuhan pelajar yang kini bergiat aktif di universiti universiti seluruh negara.

Dalam pada itu, Nasrudin turut mengajak orang ramai menyertai Sukarelawan YADIM yang memfokuskan kepada kerja kerja kebajikan dan kemasyarakatan yang dilakukan badan itu.

Untuk menyumbang kepada Tabung Infaq YADIM dan menyertai Sukarelawan YADIM, orang ramai boleh melayari laman web dan Facebook badan dakwah ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *