KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus diberi kepercayaan dan sokongan untuk melaksanakan program Musa’adah Covid-19nya.
Terbaharu pada 2 Jun, Surau Ar Rusydan di Bursa Malaysia menyumbangkan RM10,000 untuk tabung Musa’adah Covid-19 YADIM.
Satu majlis ringkas penyerahan cek telah dilakukan di Bursa Malaysia di sini. YADIM diwakili oleh Penolong Pengarah Bahagian Akaun, Ahmad Huzaimin Othman dan Norhayati Azmi manakala surau Ar Rusydan diwakili oleh Pengerusinya, Pengurus Kanan Bursa Malaysia, Arjunaidi Kailan.
Sumbangan ini akan digunakan untuk program -program Musa’adah Covid-19 badan dakwah ini yang dilaksanakan di seluruh negara.
KOMEN