WASHINGTON 10 Nov. – AMERIKA SYARIKAT . Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan beberapa bandar membantah pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat, lapor BBC.
Peserta menjerit slogan “bukan presiden saya” dan membakar patung ahli perniagaan itu.
Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat ke 45 selepas berjaya mengalahkan Hillary Clinton pada pemilihan presiden semalam dengan memperoleh 276 undi
Di New York, beribu-ribu penduduk berarak ke Trump Tower, membidas dasar Trump mengenai imigresen, hak gay dan hak reproduktif.
Protes sebahagian besarnya aman namun di Oakland, California beberapa penunjuk perasaan memecahkan tingkap kedai dan melemparkan peluru berpandu ke arah polis rusuhan, yang dilaporkan bertindak balas dengan gas pemedih mata.
Sementara itu, perhimpunan besar-besaran anti-Trump menutup lebuh raya utama di Los Angeles.
Di Chicago, orang ramai menyekat pintu masuk ke Menara Trump, melaungkan: “No Trump, No KKK, No Fasis USA”
Di Portland, Oregon, penunjuk perasaan menutup sementara lebuh raya antara negeri.
Demonstrasi juga berlaku di Philadelphia, Boston, Seattle dan San Francisco.- https://www.sinarharian.com.my/
GISBH: JAIS buka 141 kertas siasatan, serah pendakwaan kepada pendakwa raya syarie
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan membuka 141 kertas siasatan berkait kes GISB Holdings (GISBH) di negeri ini. Pengarahnya, Datuk
KOMEN