BANTING – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat pada 21 Jun telah mengadakan program riadah dan ziarah kasih di sekitar pekan ini dan kawasan Jugra.
Program dimulakan dengan aktiviti riadah mendaki Bukit Jugra di sini sebelum mereka menziarahi empat kediaman pesakit kronik.
Mereka yang diziarahi antaraya telah diserang angin ahmar, mengalami sakit buah pinggang dan masalah jantung.
Kesemua mereka menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka.
Antara yang hadir ialah Pengerusi SAR Kuala Langat, Hasmawi Mahidin, Setiausahanya, Hanizah Sumiri serta ahli jawatankuasa SAR Selangor dan Kuala Langat.
KOMEN