Home » Citra Yadim » Resolusi mahu badan bebas beri nasihat kepada raja

Resolusi mahu badan bebas beri nasihat kepada raja

Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin (tengah) dalams atu sesi Konvensyen Rakyat: Menelusuri Akar Umbi Ke Arah Perpaduan Ummah yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi semalam.

BANGI 8 Mac – Penubuhan badan khusus untuk memberikan nasihat secara bebas kepada Raja, adalah antara dua resolusi Konvensyen Rakyat: Menelusuri Akar Umbi Ke Arah Perpaduan Ummah yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini semalam.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin, berkata satu lagi resolusi adalah peranan Raja dalam menyatukan ummah.

Katanya, badan bebas itu adalah pasukan berwibawa untuk memberi nasihat secara berhemah kepada Raja berhubung kepentingan dan kehendak rakyat dalam pelbagai bidang mencakupi agama, bangsa, ekonomi dan politik, sejajar satu daripada tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu.

“Wasiat berkenaan adalah Raja menjaga dan melindungi rakyat serta harta hak milik mereka dengan menubuhkan Rejimen Askar Melayu, selain membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Bincang pada seminar lain

“Resolusi itu akan kita perhalusi dan bincangkan pada seminar berikutnya sebelum diserahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas berakhir konvensyen berkenaan.

Konvensyen sehari itu anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan dihadiri kira-kira 3,000 peserta.

Ia kesinambungan Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat yang diadakan pada 5 dan 6 Ogos lalu.

Wan Mohd Zahid yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran, berkata resolusi itu dicadangkan peserta pada sesi Titah Diraja: Gayung Bersambut-Raja dan Rakyat Berpisah Tiada dengan beliau sendiri menjadi pemudahcara.

“Bila saya tanya peserta satu dewan angkat tangan bersetuju. Kita akan ambil perhatian candangan ini,” katanya. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *