Home » Langit Terbuka » Remaja Rohingya jadi mangsa pelacuran

Remaja Rohingya jadi mangsa pelacuran

Keadaan pelarian Rohingya yang bersesak di kem pelarian di Bangladesh. Foto : Reuters

Ditawarkan pekerjaan di luar kem pelarian dengan gaji lumayan

COX’S BAZAR 21 Mac – Golongan kanak-kanak dan remaja perempuan etnik Rohingya berdepan dengan eks­ploitasi apabila mereka terjebak dalam kegiatan pelacuran angkara pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan penyamaran dan siasatan yang dilakukan oleh pasukan media BBC bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Foundation Sentinel, kegiatan terkutuk yang melibatkan golongan wanita etnik minoriti itu semakin berlelua­sa, terutamanya di kem pelarian Rohingya di sini.

Kebanyakan remaja perempuan dan ibu bapa etnik Rohingya memberitahu bahawa mereka ditawarkan pekerjaan di luar kem pelarian termasuk di Dhaka sebagai pembantu rumah, pekerja hotel dan pembantu dapur.

Selain itu, mereka juga ditawarkan jumlah gaji yang tinggi, sekali gus berjaya menarik minat golo­ng­an tersebut untuk menerima tawaran yang diberi tanpa menge­tahui nasib yang akan menimpa mereka.

seorang daripada mangsa pelacuran yang dikenali sebagai Anwara, 14, berkata, dia melarikan diri dari Myanmar selepas ibu ba­panya dibunuh tentera negara tersebut.

Dalam perjalanannya ke Bangladesh, dia ditahan seorang wanita yang menawarkan pekerjaan de­ngan gaji lumayan.

Termakan dengan tawaran itu, Anwara akhirnya terjebak dengan pelacuran apabila dia dipaksa melayan beberapa lelaki.

“Saya akan dipukul serta ditum­buk pada perut jika enggan be­ker­jasama atau tidak melakukan apa yang disuruh iaitu melayan lelaki yang ingin mendapatkan khidmat seks,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Masuda, 14, memberitahu bahawa dia terpaksa melakukan kerja terkutuk itu demi kelangsungan hidup selepas semua ahli keluarganya hilang, selain memaklumkan turut menjadi mangsa rogol tentera Myanmar.

“Saya tahu apa yang saya lakukan ketika ini adalah salah, namun saya tidak mempunyai pilihan. Saya tidak ada duit dan keluarga,” ujarnya.

Hasil penyamaran pasukan penyiasat BBC juga mendapati kanak-kanak Rohingya dikategorikan sebagai pelayan khidmat seks paling murah dan menarik di Bangladesh.

Kebanyakan mereka berusia antara 13 hingga 17 tahun dan jika tidak melayan pelanggan, mereka akan dikerah untuk membersihkan rumah serta memasak.

Selain Dhaka, golongan tersebut juga dihantar ke Chittagong, Kathmandu di Nepal dan Kolkata, India untuk bekerja sebagai pelacur.

Sehubungan itu, pasukan pe­nyia­sat BBC mengumpul semua bukti untuk diserahkan kepada pihak berkuasa Bangladesh bagi ditangani segera dan hasil serbuan polis berjaya menyelamatkan beberapa gadis Rohingya serta mereka diberi pelindungan sosial. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *