Home » Langit Terbuka » Remaja Palestin disabit bersalah bunuh 3 penduduk Israel

Remaja Palestin disabit bersalah bunuh 3 penduduk Israel

BAITULMAQDIS 27 Dis. – Pendakwa raya mahkamah tentera Israel, semalam memohon hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan terhadap remaja Palestin yang disabitkan bersalah membunuh tiga penduduk Israel di Tebing Barat Julai lalu.

Omar al-Abed, 20, didapati bersalah oleh mahkamah di Ofer berhampiran Ramallah membunuh tiga anggota keluarga Solomon di rumah mereka pada 21 Julai lalu.

Pendakwa raya tentera meminta beliau dijatuhkan hukuman empat kali penjara seumur hidup.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman, menggesa Abed dijatuhi hukuman mati.

Abed dikatakan memasuki rumah di penempatan Neve Tzuf dan membunuh tiga penghuninya dengan pisau dan mencederakan seorang lagi sebelum ditembak jiran yang mendengar jeritan mangsa.

Abed juga didapati bersalah cuba membunuh tujuh lagi, semuanya anggota keluarga sama yang berada di rumah itu ketika kejadian.

Bapa, ibu, bapa saudara dan dua saudara lelaki Abed dijatuhi hukuman penjara antara sebulan dan lapan bulan Ogos lalu kerana tidak menghalang tindakan Abed.

Pada 16 Ogos, tentera rejim Zionis meruntuhkan rumah Abed di kampung Kobar berhampiran Ramallah. – AFP, BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *