KUALA TERENGGANU – Dua remaja perempuan berumur 17 tahun yang terlibat dalam kes aniaya dan mengaibkan orang kelainan upaya (OKU) dikenali sebagai ‘Pok Ya Cong Codei’ yang tular di Facebook semalam, direman tiga hari bermula hari ini.
Permohonan reman dilakukan pihak polis di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Mahkamah Sesyen/Majistret Sesyen Kuala Terengganu, Rosila Nik.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Dalam video yang tular semalam, sekumpulan remaja dikatakan mengkhianati Pok Ya Cong Codei dengan mengikat kedua-dua tangannya sambil membuka seluar lelaki itu dan mencucuh punggungnya dengan api.
Rakaman video selama tujuh saat itu turut memaparkan perbuatan yang mengaibkan lelaki lemah mental itu yang dipercayai dilakukan mereka pada pukul 4 pagi di Pantai Batu Buruk, di sini. – Bernama
KOMEN