Home » Langit Terbuka » Reformasi institusi agama perlu 10 tahun

Reformasi institusi agama perlu 10 tahun

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata, pasukan yang ditubuhkan pada Oktober lalu dijangka melengkapkan kajian mereka pada Mac tahun depan

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu proses reformasi yang dilakukan kerajaan dalam pengurusan agama Islam di negara ini dijangka mengambil masa 10 tahun, sebelum satu penanda aras dapat diwujudkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata proses itu akan menjadikan semua 13 agensi di bawah portfolio agama Islam JPM bergerak lebih efisien, selain mewujudkan budaya kerja lebih cemerlang.

“Perkara pertama yang akan dilakukan dalam konteks reformasi ini ialah kita akan jadikan semua agensi bergerak dengan cara paling efisien kerana sebelum ini banyak persepsi yang mengatakan agensi di bawah jabatan hal ehwal agama tidak efektif.

“Kita juga akan pastikan setiap agensi tidak bekerja bersendirian dan tidak berlaku pertindihan bidang kerja,” katanya menjawab soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) dalam sesi soal jawab lisan.
Menurut Fuziah, reformasi itu akan turut melihat pelbagai aspek lain, antaranya institusi wakaf, kutipan zakat, pengurusan haji serta industri halal negara.

“Sekarang kita ada standard penarafan masjid Malaysia yang kita akan tambah baik dan mungkin masa depan nanti kita akan lihat untuk membina masjid berasaskan teknologi hijau.” _ FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini dalam fasa memulihkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *