Home » Langit Terbuka » Reformasi Agensi Agama Islam

Reformasi Agensi Agama Islam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa bersalaman dengan Timbalan Yang Dipertua YADIM, Ustaz Mohd Zaidi Ramli

PUTRAJAYA – Kesemua 14 agensi berkaitan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan terlibat dengan satu agenda reformasi dalam masa terdekat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, agenda reformasi itu bertujuan untuk memperbaiki agensi-agensi terlibat termasuk dalam aspek struktur dan objektif organisasi.

“Dalam tempoh tiga bulan kita akan mengadakan pengauditan serta proses-proses tertentu terhadap agensi-agensi berkenaan. Saya harap selepas itu kita dapat keluarkan satu penyelesaian.

“Semua itu kita akan lihat selepas kita ada input. Saya bagi jaminan agenda reformasi ini akan melibatkan semua pihak berkepentingan yang akan memberi nasihat dan pandangan termasuk pakar, golongan ulama serta parti politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan YB Menteri dan YB Timbalan Menteri di Kompleks Islam Putrajaya di sini.

Yang turut hadir, timbalannya, Fuziah Salleh. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/reformasi-agensi-agama-islam-1.702084#ixzz5KG7QSw3p

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *