Home » Langit Terbuka » Rasuah: Sikap ‘kubur masing-masing’ rugikan negara

Rasuah: Sikap ‘kubur masing-masing’ rugikan negara

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Sikap enggan menegur kesalahan orang lain kerana menganggap ‘kubur masing-masing’, merugikan negara terutama berkaitan integriti dan rasuah, kata Presiden Institut Integriti Malaysia (Integriti) Dr Anis Yusal Yusoff.

Beliau berkata, banyak isu berkaitan integriti diperkatakan masyarakat sekarang tetapi kurang diterjemah ke dalam bentuk kesedaran dan tindakan.

Dasar melindungi pemberi maklumat sudah lama ada di Malaysia tetapi adakah orang awam tahu sama ada mereka ada hak atau tidak untuk melaporkan sesuatu salah laku?

‘Tak apalah, ‘kubur masing-masing’ itu sudah tidak lagi boleh dipakai. Apabila kita tidak melaporkan, ia akan memudaratkan negara sehingga membawa kepada kerugian kerana ada yang menerima rasuah untuk mengelak pihak lain terlepas membayar cukai atau duti tertentu,” katanya.

Kutipan itu sepatutnya boleh digunakan kerajaan untuk membina pelbagai infrastruktur seperti sekolah, jambatan, universiti dan sebagainya, katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang dan Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab di Wisma Bernama baru-baru ini.

Anis Yusal berkata, kesedaran berkaitan integriti perlu dimulakan dari peringkat tadika dan sekolah rendah, bukan hanya melalui mata pelajaran sahaja sebaliknya menjadi amalan kehidupan masyarakat di negara ini.

“Kita kena tunjukkan teladan yang baik setiap masa, jangan bila mak bapa mentua datang rumah sahaja. Integriti bukan sahaja untuk mengekang rasuah, tetapi sebagai amalan dalam kehidupan,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *