KUALA LUMPUR – Seramai 19 penghuni rumah orang tua, Pertubuhan Kebajikan Rumah Kasih Jing Yuan, Pandan Indah di sini menerima kunjungan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata, tanggungjawab sosial yang dilaksanakan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) ini merupakan salah satu cara menyantuni semua bangsa tanpa mengira agama.
“Ramadan adalah bulan mencari pahala berganda, maka usaha yang dilakukan oleh Bank Mualamat dengan memberi sumbangan kepada orang bukan Islam dilihat sebagai usaha murni yang wajar dicontohi.
“Usaha seumpama ini juga perlu diberi sokongan oleh semua pihak terutama kerajaan dan syarikat korporat yang lain,” katanya.
Zulkifli berkata demikian selepas menziarahi dan menyerahkan sumbangan kepada penghuni Pertubuhan Kebajikan Rumah Kasih Jing Yuan ditemani Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid. – Utusan Malaysia
KOMEN