Home » Langit Terbuka » Ramadan pada musim panas

Ramadan pada musim panas

RAMADAN merupakan bulan untuk semua umat Islam menambah pahala menerusi aktiviti amal jariah dan amalan ibadat seperti membaca al-Quran. REUTERS

Arab Saudi, negara-negara Teluk dijangka berpuasa hari ini

 

MUMBAI 15 Mei – Umat Islam di Arab Saudi dan negara-negara Teluk dijangka memulakan ibadat puasa pada bulan Ramadan esok manakala masyarakat Islam di India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain dijadualkan menyambut Ramadan sehari selepas itu.

Portal Ummid melaporkan, bulan Ramadan ditentukan berdasarkan penampakan anak bulan pada 29 hari bulan mengikut kalendar Islam.

Bulan Syaaban bermula di Arab Saudi dan beberapa negara Asia Barat yang lain pada hari Selasa bersamaan 17 April dan sehubungan itu, anak bulan Ramadan dijangka dapat dilihat pada hari ini atau bersamaan dengan 29 Syaaban 1439 hijrah.

Jika anak bulan tidak dapat dilihat malam ini, berkemungkinan Ramadan akan bermula di Arab Saudi serta negara-negara Arab yang lain pada 17 Mei ini.

Di India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara lain dijangka melihat anak bulan Ramadan esok dan jika dapat dilihat, umat Islam akan mula berpuasa pada 17 Mei.

Kebanyakan negara lain di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Jerman dan Perancis bergantung kepada laporan penampakan anak bulan Ramadan di Arab Saudi, manakala umat Islam di Indonesia, Malaysia, Singapura, Australia, Jepun dan New Zealand akan melihat anak bulan pada 29 Syaaban atau bersamaan 16 Mei.

Tahun ini merupakan tahun ketiga bulan puasa jatuh pada musim panas apabila suhu direkodkan setinggi 40 hingga 45 darjah celsius di beberapa bahagian di India dan suhu setinggi 48 hingga 52 darjah celsius dijangka dicatatkan di Arab Saudi dan negara-negara Teluk.

Tempoh itu juga menjadikan siang lebih lama dan ada umat Islam perlu menjalani ibadah puas selama 17 hingga 23 jam di beberapa negara tertentu.

Berpuasa pada bulan Ramadan merupakan satu daripada lima Rukun Islam dan wajib dipatuhi oleh semua umat Islam.

Ramadan juga dikenali sebagai bulan untuk menambah amal ibadat dengan membuat kebaji­kan termasuk membaca al-Quran, selain menunaikan solat sunat tarawih. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *