Home » Langit Terbuka » Ramadan 2016: Tempoh berpuasa di Sweden dan Denmark paling panjang

Ramadan 2016: Tempoh berpuasa di Sweden dan Denmark paling panjang

BULAN suci Ramadan tahun ini akan bermula pada 6 Jun dan ada sebahagian negara yang lain memulakannya sehari lewat iaitu pada 7 Jun berdasarkan penampakan anak bulan di kawasan masing-masing.

Namun, apa yang menarik, tempoh waktu berpuasa pada tahun ini berbeza di serata dunia dan yang terpanjang adalah di Sweden dan Denmark. Sebaliknya Argentina dan Australia akan menjalani dengan waktu yang relatif lebih pendek.

Muslim Denmark akan mengalami waktu berpuasa terpanjang di dunia, iaitu selama 21 jam sehari, sementara di Argentina akan berpuasa sepanjang 9 jam 30 minit.

Berdasarkan peta global, negara-negara lain dengan waktu ber puasa yang panjang termasuk Iceland, Sweden dan Norway dengan waktu berpuasa kira-kira 20 jam.

Waktu berpuasa di Belanda dan Belgium adalah 18 jam 30 minit, Sepanyol 17 jam 30 minit, Britain dan Jerman pada 16 jam 30 minit. Sementara umat Islam di Amerika Syarikat, Perancis dan Itali akan berpuasa selama 16 jam.

Selain itu, di Argentina, umat Islam akan berpuasa dengan tempoh waktu paling singkat, begitu juga di  Australia. Umat Islam Afrika Selatan menjalani puasa selama 10 jam 30 minit, Brazil 11 jam, Mexico 13 jam 20 minit pada Ramadan kali ini.

Benua kecil India bersama-sama dengan negara-negara Arab akan menjalani waktu puasa dalam jangka waktu yang sederhana, berbeza-beza dari sekurang-kurangnya 14 jam sehingga maksimum 16 jam 30 minit.

Di Pakistan, para Muslim akan berpuasa sekitar 15 hingga16 jam sehari, manakala di India waktu berpuasa adalah kira-kira 14 jam 30 minit.

Mereka yang berada di Mesir akan berpuasa sehingga 16 jam 30 minit. Warga Bahrain, Arab Saudi, Tunisia dan Palestin berpuasa kira-kira 15 jam. Tabuk dan Haql, dua bandar di Arab Saudi akan mempunyai  waktu berpuasa terpanjang, iaitu 15 jam 30 minit.

Di Yaman, tempoh waktu berpuasa adalah 14 jam 50 minit, Qatar 14 jam 40 minit, Kuwait, Iraq, Jordan, Syria dan Algeria, Maghribi dan Libya, Sudan akan menjalani selama 14 jam.

Menurut pengkaji, hemisfera Utara bumi bukan sahaja akan mengalami jangka masa berpuasa yang panjang tetapi juga suhu yang panas dalam tempoh 33 tahun ini.

Hal ini adalah  kerana matahari kini berada di atas Garisan Sartan di hemisfera utara, yang menjadikan musim panas di sebelah hemisfera utara  dan musim sejuk di hemisfera selatan.

Ramadan tahun ini juga dikatakan sebagai tempoh yang paling panas dalam sejarah, kerana sebahagian besar dunia berada di bawah panas terik matahari. Sementara India menghadapi musim panas yang paling hangat tahun ini. Dianggarkan bahawa suhu di beberapa bahagian Arab Saudi mencecah 65 darjah celcius. Suhu  yang dicatatkan di di Al-Kharj dan, Al-Ahsa, Riyadh, Madinah dan Qassim adalah sekitar di antara 45 dan 50 darjah celsius.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *