KAHERAH26 Jan. – Tujuh tahun selepas kejatuhan Hosni Mubarak, kehangatan revolusi yang mengubah lanskap pemerintahannya masih dirasi.
Ribuan rakyat Mesir berkumpul di ibu kota Kaherah bagi memperingati ulang tahun kejatuhan kerajaan pimpinan Mubarak pada Khamis.
Mereka berarak menuju ke Tahrir Square sambal membawa sepanduk dan melaungkan slogan kebebasan seperti yang berlaku ketika Arab Spring pada 2011.
Walaupun pilihan raya presiden bakal diadakan antara 16 hingga 28 Mac 2018, rakyat Mesir seolah-olah tidak mengendahkannya.
Tanggal 25 Januari 2011, merupakan tarikh keramat bagi rakyat Mesir yang menuntut hak demokrasi dan menentang kekejaman pihak polis.
Menurut Amnesty International, lebih 840 terkorban sepanjang 18 hari revolusi itu berlansung.
“Ini merupakan mimpi yang menjadi realiti bagi saya. Saya seolah-olah rasa wujudnya mini demokrasi, “ kata peserta perhimpunan, Ali Khafagi kepada Al Jazeera.
Seorang lagi peserta perhimpunan, Abdul Rahman Feris, berpendapat pihak kerajaan menganggap mereka yang menentang seperti kanak-kanak.
“Kami menentang (regim) bertahun-tahun dan sekadar disertai oleh hanya 100 orang atau lebih.
Disebabkan itu, pihak regim beranggapan kami hanyalah sekumpulan budak-budak,” jelasnya.
Ketika ini, hanya Fattah Al-Sisi yang akan bertanding bagi penggal kedua Pilihan Raya Presiden. – ASTRO AWANI
KOMEN