Home » Langit Terbuka » Rakyat Malaysia paling tinggi berhutang di Asia Tenggara

Rakyat Malaysia paling tinggi berhutang di Asia Tenggara

SHAH ALAM – Rakyat Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asia Tenggara dengan jumlah hutang  keseluruhan sebanyak RM1.144 trilion.

Pensyarah Kanan Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latif berpendapat, berdasarkan jumlah tersebut, 50 peratus daripadanya adalah hutang pinjaman perumahan, manakala selebihnya adalah pinjaman peribadi, kereta dan sebagainya.

“Menurut statistik yang dikeluarkan Trading Economics menunjukkan, hutang rakyat Malaysia adalah 84.6 peratus berbanding KDNK iaitu RM1.144 trilion.

“Apabila diteliti, kita dapati, hutang rumah ini sebenarnya lebih banyak melibatkan golongan yang dikenali sebagai pelabur hartanah yang mana membeli rumah dengan jumlah yang banyak,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak, golongan pelabur ini juga merupakan penyumbang kepada kenaikan harga penjualan rumah di negara ini.

“Golongan ini adalah di kalangan mereka yang mampu untuk membayar hutang perumahan, namun secara tidak langsung situasi ini juga menyebabkan harga rumah meningkat.

“Ini kerana wujudnya satu permintaan yang ‘tidak benar’ yang mendorong kenaikan harga rumah yang akhirnya menjadi punca sehingga rakyat tidak mampu membeli rumah,” katanya. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini dalam fasa memulihkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *