Home » Langit Terbuka » Raja Salman taja 2,000 keluarga tentera Yaman tunai haji

Raja Salman taja 2,000 keluarga tentera Yaman tunai haji

Raja Salman Abdul Aziz . - Foto Tribunnews

RIYADH – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz akan menaja 2,000 anggota keluarga tentera Yaman dan tentera The Popular Resistance – tentera berpangkalan di Gaza – untuk menunaikan haji tahun ini.

2,000 jemaah yang ditaja itu akan melaksanakan haji di bawah program kelolaan Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi.

Menteri Hal Ehwal Islam, Sheikh Abdullatif Al-Asheikh berkata, tajaan itu bagi menghargai pengorbanan anggota tentera yang terkorban dalam peperangan di Yaman, demi memulihkan perpaduan serta keselamatan negara itu.

Sebelum ini, Raja Salman mengeluarkan arahan untuk menaja 200 ahli keluarga mangsa serangan masjid di Christchurch, New Zealand untuk menunaikan haji.

Arahan berkenaan diumumkan pada 16 Julai lalu, oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Sheikh Abdullatif Abulaziz Al-Asheikh. – Arabnews

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *