RIYADH, 21 Jun – Raja Arab Saudi, Raja Salman hari ini mengumumkan pelantikan anaknya, Mohammed sebagai Putera Mahkota.
Pelantikan itu menamatkan proses peralihan kuasa, menggantikan bekas putera mahkota, Mohammed bin Nayef yang dipecat, baru-baru ini.
Mohammed, 31, yang sebelum ini Timbalan Putera Mahkota turut dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, selain mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan.
Sehubungan itu, Raja Salman menyeru seluruh rakyat memberikan taat setia kepada Putera Mahkota yang baharu diln]tik.
Mohammed diyakini mampu memikul jawatan itu berikutan beliau sebelum ini memegang pelbagai portfolio.
Beberapa pemerhati kerajaan dikatakan telah beranggapan bahawa kenaikan Mohammed bin Salman yang berkuasa di bawah pemerintahan bapanya, mungkin bertujuan mempercepat kenaikannya ke takhta. -Agensi
KOMEN