Home » Langit Terbuka » Raja Permaisuri Agong gesa gencatan senjata, buka koridor bantuan tetap ke Gaza

Raja Permaisuri Agong gesa gencatan senjata, buka koridor bantuan tetap ke Gaza

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menggesa pemimpin dunia mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera dalam konflik Gaza-Israel dan membuka koridor bantuan kemanusiaan secara kekal ke Semenanjung Gaza.

Raja Permaisuri Agong bertitah tindakan pemimpin dunia perlu dalam menyokong usaha yang diselaraskan oleh organisasi kemanusiaan untuk menghantar bekalan penting dan membantu kumpulan tempatan di lapangan dalam menyediakan perkhidmatan kecemasan, selain menyelamatkan maruah rakyat yang sedang menderita.

“Kita tidak boleh membiarkan pengeboman berterusan…kita mesti secara kolektif menyeru agar permusuhan dihentikan segera. Saya berdiri di sini, untuk menyertai gesaan yang semakin meningkat untuk gencatan senjata segera dan saya merayu kepada pemimpin dunia untuk memberi tekanan ke arah usaha menamatkan kegilaan ini.

“Saya berdiri di sini bukan sahaja sebagai seorang Raja Permaisuri Agong tetapi sebagai seorang ibu, bersama anak-anak saya yang amat saya sayangi…Saya berdiri di sini sebagai seorang manusia dan kita mesti bersuara dan berkata ‘Berhenti, dan cukup-cukuplah!’.

“Saya berang dengan pencabulan hak asasi manusia yang serius ini, saya tidak boleh berdiam diri lagi… Saya bimbang untuk rakyat Gaza, demi keselamatan kanak-kanak, saya bimbang atas dasar kemanusiaan kita,” titah Tunku Azizah ketika menyampaikan Titah Diraja pada Sidang Kemuncak “United for Peace in Palestine: There is No Loss in Peace” (Bersatu demi Keamanan di Palestin: Tiada Kehilangan Untuk Keamanan” di Istanbul, Turkiye hari ini.

Teks ucapan baginda telah dihantar kepada Bernama.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *