Home » Wacana » Rahmat Allah hampirĀ  dengan hamba-Nya yang baik

Rahmat Allah hampirĀ  dengan hamba-Nya yang baik

“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Baqarah: 284)

Terjemahan

Allah sekali lagi mengakhiri arahan pentingnya sebelum ini dengan peringatan yang begitu keras yang mana segala apa yang di langit atau di bumi adalah milik Allah termasuk diri dan jiwa seseorang itu. Oleh itu, walau bagaimana disembunyikan oleh seseorang dalam jiwanya sesuatu pasti dapat dikesan dan dikira oleh Allah, kerana jiwanya juga adalah makhluk kepunyaan Allah SWT yang berfungsi dengan pengawasan Allah bukan di bawah kuasa manusia lagi.

Sebab itu dalam satu hadis, Rasulullah pernah menyatakan bermaksud “hati seseorang itu di antara dua anak jari. Tuhan Yang Rahman dibalik-balik sebagaimana dikehendakinya”. Allah juga telah berfirman bermaksud “Dia mengetahui jelingan mata yang serong dan apa yang disembunyikan di dalam dada dan hati seseorang”.

Oleh sebab itu, segala tindakan yang berlaku seperti penyelewengan dalam catitan atau penyaksian dan perbuatan yang mengelirukan orang lain dalam sesuatu urusan atau mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan peribadi dalam menjalankan tugasnya dengan menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan kepadanya atau menyemĀ­bunyikan niat serong dalam hati terhadap seseorang dengan menyemĀ­bunyikan fakta yang sebenar kerana tujuan tertentu, yang mana ianya mungkin dilakukan oleh seseorang bila mana iman dan ilmunya dengan pengetahuan dan kuasa Allah malap dan terpedaya dengan dan tipu daya syaitan yang untuk mempengaruhinya di masa tertentu.

Adapun yang dimaksud dengan apa yang dalam diri itu isi hati daripada niat, azam dan cita yang dicambah dan akan melakukan sesuatu tindakan yang mana merupakan perbuatan hati Ā Seperti suka dan kasihkan perkara keji, hasad dengki dan sikap endah kepada perkara mungk berlaku di depan matanya mendiamkan diri terhadap perbuatan fahsyaa dan mungkar.

Diriwayatkan bahawa para sahabat agak keliru apabila ayat ini diturunkan kerana mereka meyangka bahawa segala yangĀ  terlintas pada benak mereka semu diambil kira, lalu mereka da mengadu kepada Rasulullah.

Kata mereka, “Wahai Rasulullah selama ini kami dipertanggungjawabkan Ā dengan amalan yang dapat lakukan seperti sembahyang, jihad, sedekah dan sebagainya tetapi Ā kali ini manakan kami mampu melaksanakannya?ā€™ā€™

Lalu baginda bersabda: “Adakah kamu bersikap seperti sifat dan golongan ahli kitab sebelum kamuā€ Mereka berkata kami dengar kami ingkar malah hendaklah ucapkan “kami dengar dan kami patuh hanya kemapunan-Mu yang kami pinta wahai Tuhan kami dan hanya kepada-Mu kami kembaliā€.

Bila mereka ucapkan kata-kata itu maka turunlah ayat selanjutnya selepas ayat 284 ini hingga surah, yang mana dalam ayat ini menjelaskan lagi maksud sebenar ayat yang sebelumnnya iaitu apa yang di dalam diri tadi bukanlah bermaksud sebarang perasaan atau bisikan yang terlintas dalam benak manusia yang mana ianya adalah di luar bidang kuasa manusia.

Tetapi apa yang akan dihitung dan dihisabkan ialah fikiran yang merupakan perbuatan hati manusia, perancangan jahat, niat serong yang bermain dan bercambah dalam benak dan fikiran manusia yang pasti akan mencetuskan tindakan jahat dan perbuatan sumbang dalam tingkah laku manusia itu sendiri.

Ayat ini diturunkan adalah untuk memantapkan maksud ayat yang pertama sebelumnya, bukan sebagaiĀ¬mana pendapat pihak yang mengatakan bahawa ayat ini telah dinasahkan oleh ayat selepasnya bermaksud: ā€œAlllah tidak mempertanggungjawabkan seseorang itu melainkan sekadar kemampuannya”. Tetapi sehenarnya ayat ini cuma memperjelaskan maksud sebenar apa yang di dalam hati seseorang yang dihisab dan dinilai ialah cetusan hati seseorang yang boleh menjanakan tindakan dan tingkah laku yang mana ianya juga adalah usaha dan tindakan hati seseorang itu yang sudah pasti dikira dan dihisabkan kerana ianya adalah di bawah kuasa dan pilihan hatinya sendiri.

Sekiranya perbuatan hati manusia tidak dikira dan dihisab pastilah agama ini hanya berbentuk lembaga yang mati tanpa roh dan hati. Ini jelas bertentangan dengan dasar ajaran agama Islam yang maha suci seperti mana firman Allah bermaksud : ā€Allah tidak mengambil salah dengan sumpah kamu yang terlanjur dan tidak disengajakan tetapi yang diambil tindakan ialah apa yang diusahakan oleh hati kamu”.

Firman-Nya lagi bermaksud: “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati seseorang akan disoal nanti”. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: ā€œAllah tidak melihat kepada rupa paras kamu tetapi dia melihat kepada hati dan amal perbuatan kamu”.

Daripada penjelasan di atas jelaslah bahawa amalan manusia pasti akan dihisab dan dikira sama ada ianya perbuatan hati atau anggota lahir asalkan ianya di bawah bidang kuasa dan pilihan atau usahanya maka dia pastilah akan dinilai dan dihisab dan bertanggungjawab terhadapnya.

Pendapat ulama mengenai apa yang di dalam hati sama ada ianya dihisab atau sebaliknya. Mereka membahagikan perkara tersebut kepada beberapa kategori seperti berikut:

Pertama: Lintasan fikiran dan bisikan hati yang tidak sampai ke peringkat azam dan cita-cita yang kuat tidak termasuk dalam maksud ayat di atas, kerana ianya tidak tetap dan tidak kekal dan tidak mencetuskan sebarang tindakan.

Kedua ialah keazaman, niat atau cita yang kuat yang disebut dalam hadith sebagai hemah seseorang yang boleh melahirkan tindakan maka ianya pastilah akan dikira dan dinilai yang mana kalau ianya baik diberi pahala dan kalau sebaliknya maka tidaklah diambi lkira kalau ia tidak diikuti dengan tindakan, malah citaĀ¬cita yang jahat bila dibatalkannya dikira suatu kebaikan pula dan kebaikan itulah yang menghapuskan keburukan sebelum itu, jadi sebab itu Rasulullah menegaskan bahawa cita yang baik diberi satu pahala manakala cita yang jahat kalau tidak laksanakan maka tidak ditulis apa-apa ianya cukup untuk mengimbangi dan menutupi kejahatan itu sahaja.

Dalam ayat ini Allah mengatakan bahawa Dia bebas mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yang dikehendaki-Nya. Tetapi walau bagaimanapun keampunan tersebut adalah untuk mereka yang dapat mengawal dirinya daripada terjebak dengan kejahatan dan melakukan amalan baik kerana rahmat Allah adalah lebih hampir dengan orang yang baik-baik dan terpelihara diri daripada terjerumus dalam lembah maksiat dan kejahatan sebagaimana firmanNya dalam ayat yang lain bermaksud: “Siapa yang dipelihara daripada kejahatan maka merekalah yang mendapat rahmat Allah”. Dalam firman-Nya lagi: “Sesungguhnya rahmat Allah amatlah hampir dengan orang yang baik-baik”.

Dari huraian di atas jelaslah bahawa setiap orang tidak harus terpedaya dengan lautan keampunan yang tertakluk kepada kebebasan kehendak Allah SWT semata-mata, sekali pun kita tetap menaruh harapan untuk mendapat keredhaan dan keampunan.Tetapi jangan pula ada yang merasai aman dan yakin daripada makr (kemurkaan) Allah SWT disebabkan kesalahan dan kejahatan yang terlanjur daripada kita sendiri. Ayat di atas tidak memberi ruang langsung kepada sesiapa untuk mendakwa bahawa dirinya pasti akan beroleh keampunan daripada Allah sekalipun dia adalah orang yang baikĀ¬baik apalagi orang yang fasik dan bergelumang dosa malah dia perlu memperbaiki dirinya terlebih dahulu dengan bertaubat kepada Allah sebagai taubat yang nasuha untuk mendapat keampunan dan keredhaan-Nya. – MAJALAH DAKWAH

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *