KUALA LUMPUR – Putrajaya hari ini menegaskan pihaknya tidak akan masuk campur urusan pertaulihan yang melibatkan penceramah kontroversi, Zakir Naik, mengatakan perkara itu tertakluk bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, hanya kerajaan negeri boleh menentukan kelayakan Naik untuk memberi cemarah dan syarahan kepada umum.
“Jika mereka kata ‘ya’, maka boleh. Jika mereka kata ‘tidak’, maka tidak boleh,” katanya kepada FMT di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac).
Putrajaya terbuka kepada sesiapa pun untuk memberi ceramah selagi tidak melanggar keharmonian negara.
“Malaysia hidup dalam keadaan yang harmoni dan sejahtera. Sesiapa pun mesti memelihara suasana itu tanpa menganggu gugat keadaan tersebut,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak membenarkan Naik menyampaikan ceramah terbuka di Pulau Pinang yang dijadualkan pada Jun kerana tidak mempunyai tauliah.
Pengarah Zulkifli Long berkata Naik boleh memohon tauliah yang menetapkan 6 syarat, antaranya tidak mengajar sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan tidak menyakitkan hati penganut agama dan budaya lain. – FreeMalaysiaToday
KOMEN