Home » Langit Terbuka » PTSS lakar sejarah jadi peneraju sijil Halal Eksekutif

PTSS lakar sejarah jadi peneraju sijil Halal Eksekutif

Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Jakim berkata, pengiktirafan itu membolehkan PTSS memberi tumpuan untuk melatih peserta program Persijilan Eksekutif Halal. - foto Facebook

ARAU – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Arau melakar sejarah menjadi institusi pendidikan tinggi di utara yang mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai penyedia latihan halal dan sekali gus menawarkan program Eksekutif Halal di negara ini.

Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pengiktirafan itu membolehkan PTSS memberi tumpuan untuk melatih peserta program Persijilan Eksekutif Halal.

“Program ini membantu Jakim melahirkan Eksekutif Halal yang kini menjadi kerjaya yang amat diperlukan oleh industri,” kata Sirajuddin kepada Bernama selepas melancarkan program Eksekutif Halal di PTSS, hari ini. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *