Home » Langit Terbuka » Proton eksport semula kereta ke Mesir

Proton eksport semula kereta ke Mesir

Kali terakhir Proton mengeksport kenderaannya adalah pada Disember 2015 melibatkan 320 buah kereta Gen 2 dan Persona

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd. (Proton) mengeksport semula kenderaannya ke Mesir buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun.

Sebanyak 225 buah kereta Proton dihantar menerusi Northport, Pelabuhan Klang ke pelabuhan Alexandria di Kaherah, Mesir.

“Keadaan pasaran yang semakin baik membuatkan Proton kini mampu mengeksport semula kereta-kereta kami di samping mengambil peluang daripada unjuran pertumbuhan hebat Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Proton gembira apabila mampu mengeksport semula kereta-keretanya ke pasaran yang telah terbukti popular pada masa lalu.

Kali terakhir Proton mengeksport kenderaannya adalah pada Disember 2015 melibatkan 320 buah kereta Gen 2 dan Persona.

Bagaimanapun, penurunan nilai ringgit menyukarkan syarikat tersebut untuk menetapkan harga kompetitif bagi kereta-keretanya untuk pasaran eksport.-MalaysiaGazette

 

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *