Home » Langit Terbuka » Projek padi padang pasir Dubai subur

Projek padi padang pasir Dubai subur

Kejayaan penanaman padi di gurun bakal merevolusikan tanaman berkenaan

 

DUBAI – Padi kini boleh hidup subur di kawasan padang pasir dekat sini berikutan kejayaan sekumpulan saintis China menggunakan teknik sa­ringan garam daripada air laut.

Kumpulan diketuai sain­tis yang terkenal sebagai ‘bapa beras hibrid’, Yuan Longping berjaya menghasilkan padi menggunakan teknik sama di China dan membawa teknik itu ke Asia Barat.

Padi berkenaan yang ditanam pada Januari lalu telah mengeluarkan hasil di luar jangkaan para saintis, lapor agensi berita Xinhua.

Kira-kira 7,500 kilogram (kg) padi berjaya dihasilkan bagi setiap hektar berban­ding purata keluaran global iaitu 3,000 kg bagi keluasan yang sama dan ini memberi rangsangan kepada saintis terbabit untuk meluaskan projek berkenaan.

Tahun ini mereka me­rancang untuk menanam padi di kawasan seluas 100 hektar dan meningkatkan keluasan tanaman selepas 2020.

Menurut laporan tersebut, matlamat utama kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah untuk memperuntukkan 10 peratus daripada keluasan negara ini iaitu kira-kira seluas 83,600 kilometer persegi untuk penanaman padi.

Bagaimanapun perincian tentang pelaksanaan itu tidak didedahkan.

Laporan Xinhua menyebut, usaha Dubai itu adalah hasil kerjasama pusat penyelidikan ‘padi air masin’ yang berpangkalan di pelabuhan Qindao, China dengan Pejabat Peribadi Sheikh Saeed Ahmed Al Maktoum, seorang bilion­air yang juga anggota ke­­luarga kerajaan yang meme­rintah.

Kedua-dua pihak juga turut menandatangani perjanjian untuk mempromosikan ‘beras air masin’ ke rantau Arab bagi me­ngurangkan risiko kekurangan bekalan makanan pada masa depan. – Utusan

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *