GOLONGAN Yang memerlukan sentiasa didekati YADIM Negeri Selangor.
Terbaharu bersama pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia dan Sukarelawan YADIM Petaling Jaya Selatan 8 dibawah pimpinan Puan Aneta Minhat, mereka mengadakan program Ziarah Madani di Desa Mentari dan Taman Medan
pada 15 Februari.
ADUN Seri Setia, Yang Berhormat Dr. Fahmi Ngah yang turut sama dalam program ini telah menyampaikan sumbangan kepada tiga keluarga.
Mereka yang menerima sumbangan ini adalah pesakit terlantar dan yang berkerusi roda.
Semoga dengan sedikit sumbangan yang disampaikan menghadirkan keceriaan kepada mereka. InsyaAllah akan datang lebih banyak lagi program seumpama ini akan diadakan.
Turun padang mewakili YADIM Negeri Selangor ialah Encik Muhammad Najmi Mohd Salihin.
KOMEN