Home » Citra Yadim » Program Ziarah Kasih/Sumbangan SAR Kuala Langat

Program Ziarah Kasih/Sumbangan SAR Kuala Langat

KEBUN BHARU – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat pada 16 Mei sekali lagi menyantuni golongan yang memerlukan di kawasan ini.

Sejumlah 13 keluarga menerima sumbangan wang tunai dan barangan daripada pasukan SAR Kuala Langat dalam program mereka hari ini.

Setiausaha SAR Selangor, Hanizah Sumiri yang mengetuai inisiatif ini berkata, seorang penduduk telah bermurah hati menyumbang dana bagi menjayakan program berkenaan.

“Sebelum ini pada 11 Mei lalu, kami telah laksanakan program yang seperti hari ini juga di sini. Alhamdulillah, apabila melihat ia mendapat maklum balas positif, terdapat seorang pemuda sudi menyumbang untuk program ini pula,” katanya sambil memberitahu, pihaknya memastikan kesemua peserta mematuhi amalan kebersihan dan kesihatan sepanjang program.

Hadir sama dalam program selama tiga jam bermula kam 9.30 pagi ini ialah ahli jawatankuasa SAR Kuala Langat, yang sama sama turun padang menyampaikan sumbangan di Kampung Batu 9 dan Batu 10 Kebun Bharu di sini.

Program ini akan diteruskan ke Kampung Sijangkang, tidak jauh dari kawasan ini selepas ini.

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *