Home » Citra Yadim » Program Ziarah Kasih di rumah warga emas

Program Ziarah Kasih di rumah warga emas

PULAU PINANG 7 Okt. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Utara, telah melaksanakan program Ziarah Kasih ke kompleks warga emas, Darul Hanan di sini, semalam.

Pengurus Eksekutif Yadim Zon Utara, Hafsah Husain berkata, dalam program itu, Yadim telah mengadakan ceramah agama dan menyampaikan sumbangan kepada penghuni Darul Hanan yang merupakan golongan warga emas.

“Ceramah telah disampaikan oleh ustaz Wan Hizam Abdullah dan daripada maklum balas yang diterima, para penghuni amat gembira dengan program yang kita laksanakan ini,’’ katanya.

Beliau berkata, para penghuni Darul Hanan yang ditemui meminta Yadim terus mengadakan program seumpama ini pada masa akan datang kerana ia sangat bermanfaat kepada mereka.

Katanya, sememangnya program yang diadakan ini bertujuan menyampaikan ilmu agama kepada warga emas dengan lebih tersusun dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan YADIM dengan masyarakat luar.

Menurutnya, program berkenaan juga bagi meraikan warga emas berkenaan dan sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

 

Kompleks warga emas ini dibina di bawah pembiayaan Yayasan Bukhary di atas sebahagian tanah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) seluas lapan ekar untuk penempatan dan penjagaan warga emas Islam termasuk lelaki dan perempuan.

 

Antara prasarana yang disediakan termasuk bangunan asrama, perpustakaan, kafeteria, surau, wad, dewan serbaguna dan bengkel.

 

Kompleks ini boleh menampung seramai 200 orang pada satu-satu masa  dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Februari 2010.

 

Seramai 60 orang warga emas terlibat dalam program ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *