Home » YADIM MADANI » Program YADIM Interaktif : Kolokium Kenegaraan Pendidikan Manusiawi Masyarakat Madani

Program YADIM Interaktif : Kolokium Kenegaraan Pendidikan Manusiawi Masyarakat Madani

BERTUJUAN Memperkasa kefahaman Malaysia Madani dalam kalangan masyarakat pendidik dan orang awam, YADIM Kedah dan Perlis telah menganjurkan Program YADIM Interaktif : Kolokium Kenegaraan Pendidikan Manusiawi Masyarakat Madani pada 2 Disember.
Dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) Kedah dan ABIM Kedah, ia disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Professor Madya Dr. Adi Anuar Azmin.
Empat slot ceramah dijadikan pengisian program iaitu ucaptama daripada Ketua Pengarah YTP Kedah, Haji Mohd Musleh Yunos dengan tajuk ‘Membangun Generasi Madani : Menyubur Karamah Insaniah’ diikuti oleh Pengerusi Kluster Sains dan Pembangunan Mampan, Nadwah Ilmuan ABIM, Profesor Dato’ Dr Kamarulazizi Ibrahim bertajuk ‘Pendidikan Al Hikmah Membina Masyarakat Madani’.
Sesi diteruskan dengan ceramah oleh Timbalan Ketua Pengarah YTP dan Pengarah Sekolah dan Tahfiz, Haji Mohd Khailani Abdul Jalil yang membawa tajuk ‘Pembinaan Karakter Pelajar Asas Membangun Tamadun Manusiawi’.
Pengisian terakhir yang bertajuk ‘Karamah Insaniah Dalam Pelaksanaan Kurikulum’ telah disampaikan oleh Pengarah Pembangunan Kurikulum YTP, Hajah Nor Azza Ibrahim.
Seramai 180 guru-guru agama dari seluruh Kedah menghadiri program di Seri Al Maarif, ABIM Sungai Petani ini.
Hadir sama ialah Pengerusi ABIM Kedah, Ustaz Azfar Abdullah.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *