SESI Persekolahan baharu bakal bermula tidak lama lagi, justeru prihatin dengan situasi tersebut YADIM Negeri Selangor mengambil inisiatif menganjurkan Program Back To School pada 13 Februari.
Program di Dewan Orang Ramai Batang kali ini menerima kerjasama Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dan Jawatankuasa Komuniti Batang Kali.
Sebagai usaha meringankan beban golongan asnaf, seramai 500 pelajar telah menerima sumbangan barangan peralatan sekolah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan dalam program ini.
Terdahulu, beliau turut menyampaikan ucapan mengenai gerak kerja kerajaan masa kini yang sangat menitikberatkan semangat perpaduan dan mengelak sebarang perpecahan antara masyarakat supaya perpaduan dalam negara terus terjalin kukuh.
Turut disentuh beliau ialah inisiatif kerajaan membantu membangunkan semula Gaza dengan kerjasama negara lain seperti Turkiye dan Jepun.
Hadir sama dalam program ini ialah Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Encik Saifuddin Shafi Muhammad, Pegawai Hal Ehwal Agama Islam merangkap Pegawai Agama Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Ustaz Sukri Mat @ Usmat, Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof, ketua – ketua kampung serta komuniti Bandar Utama Batang Kali.
KOMEN