Home » YADIM MADANI » Program Wacana Minda Madani: Kesejahteraan dan Kesihatan

Program Wacana Minda Madani: Kesejahteraan dan Kesihatan

PROGRAM Wacana Minda Madani: Kesejahteraan dan Kesihatan telah berlangsung di Dewan Dato’ Dr. Abdul Rahman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada 19 Februari.
Lebih 150 orang pegawai awam Polis Diraja Malaysia Kelantan terlibat dalam program ini.
Ahli panel wacana adalah Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Mahadi Awang dan Pengarah Klinik Primer Cherang, Dr. Safwan Saifudin. Manakala moderator adalah Setiausaha Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis ( PACSU), Ustaz Muhd Bajili Bakri.
Perasmian program pula disempurnakan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Program ini dijayakan hasil kerjasama YADIM Kelantan, PACSU, Klinik Primer Cherang dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Sebelum bermula wacana, telah diadakan majlis pementerai perjanjian kolaborasi antara YADIM Kelantan dan PACSU yang turut di saksikan oleh Ketua Polis Kelantan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *