Home » Langit Terbuka » Program ‘Visit My Mosque,’ jadi tumpuan untuk mengenal Islam

Program ‘Visit My Mosque,’ jadi tumpuan untuk mengenal Islam

Ketua Parti Buruh, Jeremy Corbyn turut hadir di Masjid Finsbury.

LONDON—Masjid Finsbury Park di London telah menganjurkan program “Visit My Mosque” pada Ahad dan pada program itu orang ramai telah diberi peluang mengunjungi masjid bagi mengenali Islam dengan lebih dekat.

Melalui laporan media Anadolu , program itu diadakan secara tahunan, dan sepanjang acara diadakan orang ramai daripada pelbagai latar belakang dan agama boleh memasuki masjid selama enam jam.

Para pengunjung mengambil kesempatan itu untuk melihat kawasan dalaman masjid, bermesra dengan para jemaah, makan bersama dan bersoal jawab dengan ahli jawatankuasa masjid.

Program tahun ini telah menarik kehadiran sejumlah tokoh di negara berkenaan, termasuk, Ketua Dewan Muslim England, Harun Khan, Ketua Parti Buruh, Jeremy Corbyn dan ahli politik dari berkenaan, Emily Thornberry.

“Visit My Mosque tahun ini diadakan pada 18 Februari, ketika waktu yang agak sensitif, terutama masjid ini terlibat dalam serangan pada tahun lalu. Ini menjadi kesempatan baik bagi kami untuk membangun solidariti dan menunjukkan bahawa Masjid Finsbury Park lebih daripada sekadar tempat ibadah,” kata Pengurus Masjid, Mohammed Kozbar.

“Saya mendukung dan terlibat dalam kegiatan masjid ini selama lebih daripada 30 tahun yang lalu. Saya melihat ketika masjid ini pertama kali dibangun, dan sekarang melihat mereka membuka pintu untuk menyatukan masyarakat sekitar, itu menjadi suatu perkara yang sangat bagus,” jelasnya.

Beliau berkata, program berkenaan juga berjaya menampilkan nilai-nilai Islam, iaitu kemurahan hati, saling membantu dan kedamaian.”

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *