PROGRAM U—Need Sukarelawan YADIM (SAY) kini menjengah Bumi Kenyalang pada 13 Februari apabila satu pertemuan melibatkan SAY Kuching telah berlangsung di bandar raya tersebut.
Antara yang disentuh dalam pertemuan Bahagian Khidmat Bakti YADIM bersama SAY Kuching ini antara lain termasuklah mengenai pengisian program sepanjang Ramadan seperti – iftar dan pengisian al Kahfi, dakwah jalanan, gotong-royong memasak bubur lambuk dan ziarah kasih Ramadan.
Turut dibangkitkan ialah mengenai keperluan program Latihan Asas Sukarelawan YADIM diberikan untuk ahli-ahli baharu serta supaya satu perjumpaan bersama semua kepimpinan SAY diadakan segera.
SAY Kuching selepas disusun semula organisasinya kini kepimpin oleh Encik Ishak Iskandar Mohammed Saleh selaku Ketua Koordinatornya bersama Ramlah Bujang selaku Setiausaha dan Mohammad Azlan Muhammad Kassim (Bendahari) manakala Fauziah Abdullah, Bicha Chikhan serta Noor Faziela Abdullah pula sebagai Ahli Jawatankuasa.
Hadir ke perjumpaan ini ialah Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Encik Abdul Qaiyum Aris serta para pegawai bahagian serta pegawai YADIM Negeri Sarawak.
KOMEN