Home » YADIM MADANI » Program Training Of Trainers (TOT) Jurubicara Malaysia Madani

Program Training Of Trainers (TOT) Jurubicara Malaysia Madani

BAHAGIAN Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM menerusi kerjasama dengan Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menganjurkan program Training Of Trainers (TOT) Jurubicara Malaysia Madani pada 17 Februari bertempat di Putrajaya.
Program ini merupakan idea dan inisiatif Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan, bagi menggerakkan program berbentuk wacana dan dialog bersama dengan mahasiswa dan belia.
Melihat kepada keperluan semasa, program wacana dan dialog ini sewajarnya diteruskan dengan program-program susulan yang perlu disambut baik oleh para jurubicara Malaysia Madani yang terlatih dan memahami hasrat kerajaan.
Program ini berlangsung dengan kehadiran panel penceramah berkaliber untuk menerangkan gagasan Malaysia Madani seperti Senator Dr. Zulkifli sendiri, Penyelidik Merdeka Centre, Ustaz Marwan Al-Bukhari dan Pengarah Domain Digital dan Media, Akademi Kenegaraan Malaysia, Dr. Noor Dasrafeezal Shukur.
Selain itu, program ini telah berjaya mengumpulkan para jurubicara Malaysia Madani daripada pelbagai latar belakang termasuk wakil daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Jabatan Perdana Menteri, Pertubuhan Duat Al-Falah, Pertubuhan Ikram Malaysia, ABIM, Majlis Pimpinan Tertinggi Rakan Siswa YADIM dan Daie Muda YADIM.
Turut hadir ialah Pengarah KEMUDA, Encik Shahrizal Mat, Pengarah-Pengarah YADIM Negeri, pegawai Pejabat Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan pegawai-pegawai YADIM.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *