Home » Citra Yadim » Program Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah & Bicara Rahmah

Program Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah & Bicara Rahmah

KUALA LUMPUR – Bertempat di Asrama Sentosa di Sentul, di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 Ogos lalu telah menganjurkan Program Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah & Bicara Rahmah.

Program yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  dan Pasukan Kebajikan Kanak – Kanak Sentul & Sekolah Asrama Sentosa ini disertai oleh 50 pelajar yang bertujuan memberi pendedahan awal tentang kaedah pengurusan jenazah.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak – Kanak, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Yang Berusaha Nazare Yusra Mohamed @Yusof.

Hadir sama ialah Pengerusi Pasukan Kebajikan Kanak – Kanak Sentul, Siti Awa Jamil dan Timbalan Pengetua Asrama Sentosa, Saiful Azira.

YADIM diwakili oleh Pengarah Khidmat Bakti Ar Rahmah YADIM, Shahrizal Mat, Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Mohd Khusnaini Mongin, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Ar-Rahmah, Muhammad Muzzammil Musbah dan Fazli Yahya dari Bahagian Kewangan.

Program dimulakan dengan kursus pengurusan jenazah pada jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari. Ianya dikendalikan oleh Ketua Pasukan Sukarelawan Ar Rahmah Negeri Sembilan, Abdul Latif Mohd Yunos.

Selesai kursus pengurusan jenazah, para pelajar kemudiannya mengikuti Slot Bicara Rahmah bertajuk ‘Indahnya Remajaku’ yang disampaikan oleh Mohd Khusnaini.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *