SERAMAI 200 orang mahasiswa dari Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Pulau Pinang, IPGK Tuanku Bainon, IPGK Sultan Abdul Halim, IPGK Darul Aman, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Universiti Malaysia Perlis telah menyertai program Simposium Mahasiswa Madani anjuran YADIM.
Progam pada 23 September ini yang diselaraskan oleh Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), menekankan tentang nilai-nilai teras Malaysia Madani dan pemahaman dan penerapan sebagai seorang siswa.
Majlis penutup simposium ini telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin yang turut sama menyempurnakan gimik penyerahan watikah barisan pimpinan Rakan Siswa YADIM IPGK Pulau Pinang dan IPGK Tuanku Bainon.
KOMEN