PORT DICKSON – Pada 2 Mei telah berlangsung program Sepakat @ Komuniti I.R.S.Y.A.D 360 Daerah Port Dickson anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan dan Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan.
Bertujuan menyantuni golongan yang memerlukan di Kampung Bagan Pinang, program ini juga diisi dengan aktiviti seperti adalah Tazkirah Ramadan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Mustaqim Mohd Nor, Pegawai Agama Pusat Pengajian Darul Wildad yang menyentuh berkaitan 10 hari terakhir Ramadan.
Penduduk juga diberikan taklimat berkaitan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan yang di sampaikan oleh Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Bagan Pinang.
Mereka juga bergotong royong memasak dan mengedar kira kira 200 pek bubur lambuk. YADIM juga pada masa yang sama menyampaikan 10 pek barangan keperluan harian kepada penduduk yang memerlukan. Rakan kerjasama YADIM, MyFundAction juga menyumbang Kotak Rezeki untuk asnaf di sini.
Program ini disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Yang Berhormat Dato’ Haji Tun Hairudin Abu Bakar. Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Haji Shanon Mohammad.
KOMEN