Home » Citra Yadim » Program Seminar Malaysia Madani bersama PDRM Kontinjen Perlis

Program Seminar Malaysia Madani bersama PDRM Kontinjen Perlis

BERTEMPAT Di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis telah diadakan Program Seminar Malaysia Madani anjuran Yayasan Dakwah Islam Malaysia Perlis (YADIM) dengan kerjasama PDRM Kontinjen Perlis.
Program pasa 20 September ini bertujuan melahirkan kakitangan yang berilmu dan berakhlak di dalam setiap pekerjaan yang dilakukan serta membentuk warga kerja bermotivasi dan berfikiran kreatif.
Program dimulakan dengan slot bicara oleh Ustaz Hazwan Syah Niezam Abdul Hanif bertajuk “Penghayatan Konsep Ihsan Malaysia Madani Dan Kalangan Penjawat Awam” serta Ustaz Ibrahim Yusoff yang bertajuk “Keluarga Madani: Membina Keluarga Yang Diberkati”.
Program ini turut disertai Ketua Jabatan Pengurusan IPK Perlis, ACP Azizan bin Tukiman@Hj A.Rahman, Penolong Pengarah YADIM Kedah /Perlis Ustaz Afifi bin Ruslan, Pegawai Polis dan Pegawai Awam Kontinjen Perlis.

Artikel Berkaitan

Wajib jihad pertahan Palestin

Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan fatwa berkaitan serangan ganas ke atas Gaza dan pelanggaran gencatan senjata oleh

MTHQK laksana peraturan baharu

KANGAR – Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 akan melaksanakan peraturan baharu untuk meningkatkan kecekapan peserta dan mengukuhkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *