KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 14 Julai telah mengadakan dua program sanitasi iaitu di Surau Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu dan Masjid As Salam di Pengkalan Chepa.
Program pada jam 9 pagi dimulakan di Surau PPR kota Bharu sebelum diteruskan di Masjid As Salam.
Lima orang Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Jajahan Kota Bharu terlibat dalam inisiatif ini, termasuk Ustaz Raja Mohd Hakam yang juga merupakan guru pengajian Al Quran di Surau PPR Kota Bharu.
Terlibat sama ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang, Penolong Setiausaha Kanan Pejabat Sekreteriat Muafakat Komuniti PPR Kota Bharu, Nor Ilyani Inche Kamarudin dan Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Sekretariat Muafakat Komuniti PPR Kota Bharu, Siti Nur Syafawati Ab Shatar.
Bersempena dengan program ini juga, YADIM Kelantan juga mengadakan program Musaadah 3.0 di surau berkenaan.
Seramai 10 keluarga yang dikenalpasti memerlukan di PPR Kota Bharu menerima sumbangan berkenaan. Lima orang daripada jumlah tersebut menerimanya pada program berkenaan dan selebihnya diedarkan oleh pihak PPR Kota Bharu. Penyerahan ringkas disampaikan oleh Ustaz Mahadi Awang.
KOMEN