GEORGETOWN – Menyantuni kelaarga Malaysia bukan sekadar perlu dilakukan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf, golongan miskin dan sebagainya, malah amat digalakkan dianjurkan merentasi agama.
Mengambil semangat ini, YADIM merancang untuk mengadakan beberapa program sedemikian di negeri ini sebagai permulaan.
Antaranya termasuklah program gotong royong bersama membantu masyarakat yang memerlukan serta program sukan seperti berbasikal dan acara larian.
Demikian antara yang dipersetujui dalam pertemuan pihak YADIM, diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh bersama Bishop Datuk Seri Sebastian Francis di sini pada 13 Mei.
Menyentuh lagi mengenai semangat Keluarga Malaysia, kedua pihak juga bersetuju bahawa perlu ada jalinan kerjasama dalam menyantuni golongan muda. Ini kerana banyak isu, stigma dan salah faham mengenai isu antara agama masih berlegar dikalangan golongan ini.
Dalam pertemuan ini, Tuan Kamarul juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Sebastian Francis, yang baru baru ini dilantik sebagai Pengerusi Bishop Malaysia, Singapura dan Brunei.
Hadir sama dalam pertemuan ini ialah Pengarah YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan.
KOMEN