Home » Citra Yadim » Program Perjumpaan YADIM dengan Organisasi Masyarakat Islam Indonesia di Jakarta.

Program Perjumpaan YADIM dengan Organisasi Masyarakat Islam Indonesia di Jakarta.

JALINAN Kerjasama YADIM di luar negara terus diperluas dan diperkemaskan lagi menerusi program Perjumpaan YADIM bersama Organisasi Masyarakat Islam Indonesia di Jakarta.
Dengan hasrat utama mencari ruang untuk kerjasama dakwah antara dua negara, ia dihadiri oleh seramai 35 wakil organisasi Islam di Indonesia seperti Majelis Ulama Indonesia, Dewan Dakwah Islamiah Indonesia, Nahdatul Ulama, Muhammadiah serta wakil Masjid Istiqlal.
Program ini juga ialah susulan dan menyahut saranan daripada lawatan Perdana Menteri, Yang Amat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia awal bulan ini yang mahu Malaysia dan Indonesia menjalin lebih banyak kerjasama.
Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, beliau membuka ruang seluasnya untuk bekerjasama dengan pihaknya, selagi ia boleh membawa manfaat untuk masyarakat.
Beliau turut mengundang wakil organisasi Islam yang hadir ke Malaysia jika terdapat majlis yang sesuai.
Pada masa yang sama, Datuk Hasanuddin juga menyeru agar ilmuan dan tokoh tokoh di kedua negara supaya tidak terlibat dengan pertelingkahan remeh yang akhirnya merugikan negara.
Pertemuan ini turut dihadiri oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Tuan Yang Terutama, Dato’ Syed Md Hasrin Tengku Hussin, Atase Agama Malaysia ke Kedutaan Malaysia di Indonesia, Ustaz Mohd Shamsuri Gahazali, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Ustaz Bashir Mohamad Al Azhari dan Pengarah Kanan Sektor Perancangan Strategik dan Media, Puan Zalilah Bahari.
Hasil daripada majlis ini, YADIM merancang akan mengadakan pertemuan susulan bagi membincangkan lanjut bentuk kerjasama yang boleh dijalin kelak.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *