Home » Langit Terbuka » Program pemulihan akidah ahli GISBH disusun sistematik, ambil kira jika ada gagal dipulihkan

Program pemulihan akidah ahli GISBH disusun sistematik, ambil kira jika ada gagal dipulihkan

Zulkifli bersama peserta Dialog Perpaduan Malaysia MADANI 2024 di Johor Bahru hari ini. - Foto NSTP/Izz Laily Hussein

JOHOR BAHRU: Program pemulihan akidah bagi ahli GISB Holdings (GISBH) yang dirangka mengambil kira semua aspek termasuk jika ada ahli tegar yang tidak dapat dipulihkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata program pemulihan akidah itu dilaksanakan mengikut pelan yang diatur dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

“Setakat ini program pemulihan berterusan dan akan dilaksanakan secara sistematik dan teliti oleh semua pihak.

“JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) ambil peranan itu dengan semua Jabatan Agama Islam Negeri.

“Pelan pemulihan akidah ini sudah pasti telah ambil kira semua aspek, kita akan laksanakan dan akan tambah baik dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Dialog Perpaduan Malaysia MADANI 2024 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan susulan kerajaan sekiranya ada ahli tegar GISBH tidak berjaya dipulihkan walaupun program pemulihan akidah telah disediakan sekali gus menimbulkan kebimbangan ajaran sesat itu dihidupkan kembali.

Artikel Berkaitan

Wajib jihad pertahan Palestin

  Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan fatwa berkaitan serangan ganas ke atas Gaza dan pelanggaran gencatan senjata

MTHQK laksana peraturan baharu

KANGAR – Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 akan melaksanakan peraturan baharu untuk meningkatkan kecekapan peserta dan mengukuhkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *