Home » YADIM MADANI » Program Pembinaan Karakter Generasi Madani Murid Johor (KARAMAH)

Program Pembinaan Karakter Generasi Madani Murid Johor (KARAMAH)

PROGRAM Pembinaan Karakter Generasi Madani Murid Johor (KARAMAH) Siri 1 2024 telah berlangsung pada 2 hingga 4 Julai di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Ia merupakan anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor bersama Pejabat Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan YADIM Negeri Johor.
KARAMAH bertujuan melahirkan murid beradab, berakhlak dan berintegriti melalui aktiviti yang membentuk identiti bangsa, memperteguhkan perpaduan dan memenuhi aspirasi falsafah pendidikan kebangsaan.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai, Yang Berhormat Puan Marina Ibrahim mewakili Parlimen Iskandar Puteri, Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong.
Hadir bersama ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Haji Mohd Hanafi Samad dan Pengarah YADIM Negeri Johor,
Encik Muhamad Ammar Abdullah.
Ahli Zamalah YADIM Negeri Johor, Encik Sidek Roslan dan Ustaz Farhan Ashaari terlibat sebagai penceramah dalam program ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *