Home » Citra Yadim » Program Pelangai Bermunajat

Program Pelangai Bermunajat

SERAMAI 200 warga Kampung Pelangai, Bentong menghadiri program Pelangai Bermunajat anjuran YADIM dan Pusat Tahfiz Teknikal YUPP Pahang pada 6 Oktober.
Bertujuan merapatkan hubungan sesama masyarakat, ia dimulakan dengan solat fardhu Maghrib sebelum Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus memimpin solat hajat berjemaah dan munajat memohon agar komuniti penduduk sentiasa bersatu, dirahmati dan diberkati.
Solat hajat berkenaan juga memohon supaya pusat tahfiz berkenaan berkembang maju dan dipermudahkan urusannya.
Datuk Hasanuddin kemudiannya mengadakan tazkirah ringkas kepada para pelajar sebelum mereka kemudiannya menunaikan solat fardhu Isyak berjemaah.
Majlis diakhiri dengan jamuan rakyat untuk para penduduk yang hadir sambil para pelajar YUPP mengadakan persembahan qasidah.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda dan pemimpin-pemimpin komuniti hadir sama ke program ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *