PULAU PINANG – Bertempat di Sekolah Menengah Islam Al Masriyah, Bukit Mertajam di sini, Program Peduli Remaja Cintai Fardhu Ain bersempena Ramadan telah dianjurkan oleh YADIM Pulau Pinang.
Program pada 27 April ini bertujuan untuk membina jati diri pelajar agar berani menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan di samping berfikiran positif dan sentiasa bersemangat ini disertai oleh 100 pelajar sekolah berkenaan.
Peserta juga didedahkan dengan ilmu berkaitan Fardhu Ain dan hikmah puasa Ramadan yang dijalankan secara atas talian.
Kuliah santai dalam program ini disampaikan oleh Ustaz Mohammad Azraie Mohammad Yunus (PU Azraie) dengan tajuk ‘Cintai Fardhu Ain (Puasa)’.
KOMEN