HULU TERENGGANU – Dengan Covid-19 yang masih menular, kehidupan golongan B40 di kawasan ini nyata sukar.
Menyedari hakikat itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah mengadakan Program Musa’adah Covid-19 untuk penoreh getah di kawasan ini. Pada 11 Februari, sebanyak 15 keluarga penoreh disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian.
Mereka yang disantuni adalah dari Kampung Peris, Kampung Gunong, Kampung Bukit Kolam, Kampung Bukit Jabar, Kampung Batu Hampar, Kampung Pulau Manis, dan Kampung Kubang Bujok.
Program ini dijayakan dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu.
KOMEN